Kemas Kini Akaun Tertunggak
Rekod tertangguh 6 bulan? 12 bulan? Kita mula hari ini.
Kami susun semula rekod lama anda sehingga lengkap — sedia untuk cukai, pinjaman atau geran.
Bila anda perlukan ini
- Bank minta penyata kewangan untuk permohonan pinjaman
- Agensi minta akaun untuk permohonan geran
- Musim cukai hampir, rekod tahun lepas belum siap
- Anda nak tahu sebenarnya bisnes untung atau rugi
Apa kami serahkan
- Rekod jualan & belanja lengkap bagi tempoh tertunggak
- Rekonsiliasi bank bagi setiap bulan
- Penyata Untung Rugi & Kunci Kira-kira
- Senarai perkara untuk anda sahkan (jika ada transaksi tak jelas)
- Sesi 30 minit menerangkan keputusan
Harga
RM2,000 – RM3,500
Sekali bayar, ikut jumlah bulan dan transaksi. Sebut harga bertulis diberi selepas semakan percuma.
50% deposit untuk mula, baki semasa serahan. Tempoh siap biasanya 1 – 3 bulan, ikut jumlah rekod dan kelajuan dokumen diterima.
Proses
- Semakan percuma — kami lihat skop
- Sebut harga + surat lantikan
- Anda hantar penyata bank & dokumen ikut senarai semak
- Kami susun & padankan setiap transaksi
- Serahan laporan + sesi penerangan
Termasuk 1 perjumpaan bersemuka percuma jika diperlukan.
Selepas rekod kemas
Jangan biar tertunggak lagi
Sambung dengan Bookkeeping Bulanan — rekod anda kekal kemas setiap bulan.
Tempah Semakan Rekod Percuma
15 minit, online. Kami cadangkan pakej yang sesuai — tiada paksaan.