Costing, Pricing & Bajet

Laku banyak tak semestinya untung.

Harga yang salah boleh buat anda rugi setiap kali jual. Kira kos sebenar produk, tetapkan harga dengan yakin, dan sediakan bajet yang bank percaya.

Servis 1

Costing & Pricing Produk

Kami kira kos sebenar setiap produk: bahan, buruh, kos langsung lain, overhead (OAR), pembungkusan, caj platform dan penghantaran — kemudian tetapkan harga jualan ikut margin sasaran anda.

Tahukah anda? Markup 50% bukan margin 50%. Ramai usahawan rugi kerana keliru dua istilah ini.

Anda dapat: helaian kos setiap produk (sehingga 5 produk), cadangan harga jualan, dan kalkulator Excel untuk kira sendiri lepas ini.

RM800 – RM1,500
Servis 2

Bajet Tahunan & Unjuran Aliran Tunai

Bajet 12 bulan dan unjuran aliran tunai — untuk merancang, atau untuk permohonan pinjaman dan geran. Nombor berasas, bukan angka dibesar-besarkan.

Anda dapat: bajet operasi, unjuran jualan, unjuran untung rugi, unjuran aliran tunai, dan sesi penerangan.

RM1,500 – RM3,000

Kenapa Coach Arif

Coach Arif telah membangunkan dan mengajar modul Pengiraan Kos Produk Secara Sistematik dan Belanjawan Strategik Perniagaan kepada usahawan. Pendekatan yang sama digunakan untuk bisnes anda — langkah demi langkah, dengan nombor anda sendiri.

Mula di sini

Semak harga anda dahulu

Tempah Semakan Rekod Percuma. Kalkulator Kos Produk percuma akan datang tidak lama lagi.

Tempah Semakan Rekod Percuma

15 minit, online. Kami cadangkan pakej yang sesuai — tiada paksaan.

Kami hubungi anda melalui WhatsApp dalam 1 hari bekerja. Maklumat anda sulit.