Terma Servis

Terma Servis

Terma umum bagi servis KiraUntung oleh EASIMY ENTERPRISE (003476397-V). Terma khusus setiap kerja dinyatakan dalam surat lantikan.

Kemas kini terakhir: 06/10/2026

1. Skop

Skop, yuran dan tempoh setiap servis ditetapkan dalam sebut harga dan surat lantikan bertulis. Kerja hanya bermula selepas surat lantikan dipersetujui.

2. Yuran & bayaran

Pakej bulanan dibayar di awal bulan dengan komitmen minimum 3 bulan, kemudian bulan ke bulan. Kemas kini akaun tertunggak memerlukan 50% deposit; baki dibayar semasa serahan. Harga di website ialah harga bermula.

3. Tanggungjawab client

Client bertanggungjawab menyerahkan dokumen yang lengkap dan benar dalam tempoh yang dipersetujui. Kelewatan dokumen boleh melanjutkan tempoh siap.

4. Had servis

KiraUntung menyediakan akaun dan kiraan sebagai asas pengisytiharan cukai. Pemfailan cukai dibuat oleh pembayar cukai sendiri atau melalui ejen cukai berlesen. Audit berkanun dijalankan oleh juruaudit berlesen. Laporan dan Skor Kesihatan Kewangan ialah panduan pengurusan, bukan nasihat pelaburan.

5. Perjumpaan bersemuka

Servis dijalankan secara online. Perjumpaan bersemuka tertakluk kepada caj seperti di halaman Harga.

6. Penamatan

Mana-mana pihak boleh menamatkan pakej bulanan selepas tempoh minimum dengan notis bertulis 30 hari. Yuran bagi kerja yang telah dibuat tidak dikembalikan.

7. Kerahsiaan

Semua maklumat client dirahsiakan mengikut Dasar Privasi.