Dasar Privasi
Bagaimana KiraUntung (EASIMY ENTERPRISE) mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Kemas kini terakhir: 06/10/2026
1. Maklumat yang kami kumpul
Apabila anda mengisi borang atau menghubungi kami: nama, nombor WhatsApp, jenis bisnes, anggaran jualan dan jenis bantuan yang diperlukan. Bagi client, dokumen kewangan perniagaan yang anda serahkan untuk kerja bookkeeping, cukai, costing atau bajet.
2. Tujuan
Untuk menghubungi anda tentang permintaan anda, menyediakan sebut harga, melaksanakan servis yang dilantik, menghantar peringatan berkaitan servis, dan menambah baik website kami.
3. Buku Untung Harian
Rekod yang anda masukkan dalam tool Buku Untung Harian disimpan dalam browser peranti anda sahaja. Kami tidak menerima, melihat atau menyimpan rekod tersebut kecuali anda sendiri menghantarnya kepada kami.
4. Pendedahan
Kami tidak menjual maklumat anda. Maklumat hanya dikongsi dengan pihak yang perlu untuk melaksanakan servis — contohnya ejen cukai berlesen atau juruaudit rakan — dengan pengetahuan anda, atau jika dikehendaki undang-undang.
5. Kuki & penjejakan
Website ini mungkin menggunakan Google Analytics, Google Ads dan Meta Pixel untuk mengukur prestasi iklan. Anda boleh menyekat kuki melalui tetapan browser.
6. Keselamatan & tempoh simpanan
Dokumen client disimpan secara sulit dan hanya diakses oleh pasukan yang mengendalikan akaun anda. Rekod disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang.
7. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau penarikan persetujuan bagi maklumat anda dengan menghubungi kirauntungofficial@gmail.com.