Cukai Perniagaan

Musim cukai tanpa panik.

Kami sediakan akaun dan kiraan pendapatan perniagaan anda, lengkap dengan dokumen sokongan — sedia untuk Borang B atau BE.

Apa kami sediakan

Akaun yang sedia untuk diisytiharkan

Harga RM300 – RM800, ikut saiz rekod. Percuma untuk client Bookkeeping Bulanan pakej Standard ke atas.

  • Penyata Untung Rugi tahunan
  • Kiraan pendapatan perniagaan berserta senarai perbelanjaan perniagaan
  • Fail dokumen sokongan tersusun, jika LHDN minta
  • Panduan langkah demi langkah untuk anda isi e-Filing sendiri

Tarikh penting

Tarikh akhir penghantaran borang ditetapkan oleh LHDN setiap tahun. Client kami akan dimaklumkan lebih awal supaya tiada penalti lewat.

Skop servis

KiraUntung menyediakan akaun dan kiraan sebagai asas pengisytiharan cukai. Pemfailan dibuat oleh pembayar cukai sendiri, atau melalui ejen cukai berlesen rakan kami jika diperlukan.
Tempah awal

Slot musim cukai terhad

Mulakan sekarang supaya akaun siap sebelum tarikh akhir — tanpa tergesa-gesa.

Tempah Semakan Rekod Percuma

15 minit, online. Kami cadangkan pakej yang sesuai — tiada paksaan.

Kami hubungi anda melalui WhatsApp dalam 1 hari bekerja. Maklumat anda sulit.