Tentang kami

Dari bilik audit ke bengkel usahawan.

KiraUntung diasaskan oleh Coach Arif Ahmad: akaun dibuat dengan standard auditor, diterangkan dengan bahasa usahawan.

Saya Arif Ahmad. Saya mula kerjaya sebagai auditor di PwC dan Khairuddin, Hasyudeen & Razi — menyemak akaun syarikat, satu baris demi satu baris.

Kemudian saya beralih kepada usahawan. Sejak 2014, saya melatih usahawan kecil tentang rekod kewangan, costing, harga dan bajet, bersama agensi seperti MARA, PKNS, INSKEN, UiTM, KEMAS, AKPK dan Selbiz.

Satu perkara saya nampak berulang kali: usahawan bukan malas rekod — mereka tiada masa, dan laporan akaun yang mereka terima tak pernah diterangkan. Sebab itu saya bina KiraUntung.

Kelayakan & pengalaman

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan
  • Bekas auditor: PwC; Khairuddin, Hasyudeen & Razi
  • 20+ tahun dalam perniagaan, latihan & konsultansi
  • Pembangun modul: Kewangan Usahawan, Pengiraan Kos Produk, Belanjawan Strategik, Rancangan Kewangan Strategik
Hubungi

Kami sedia membantu

  • Email: kirauntungofficial@gmail.com
  • Waktu operasi: 9 pagi – 7 malam
  • Servis online seluruh Malaysia
  • KiraUntung ialah jenama EASIMY ENTERPRISE (003476397-V)

Perjumpaan bersemuka

Servis kami dibuat sepenuhnya secara online. Jika anda perlukan perjumpaan bersemuka:

  • Percuma 1 kali untuk pakej Bookkeeping Bulanan dengan komitmen minimum 6 bulan, atau pakej Kemas Kini Akaun Tertunggak.
  • Pakej lain, dalam Lembah Klang: RM100 – RM150 (kos pengangkutan).
  • Luar Lembah Klang: penginapan RM200 semalam + pengangkutan pergi balik RM0.40/km.
Hubungi kami

Hubungi Kami

Anda boleh berhubung dengan konsultan kami di talian WhatsApp. Tekan butang di bawah.

Waktu operasi: 9 pagi – 7 malam

Langkah pertama

Semakan Rekod Percuma

15 minit, online. Kami beritahu apa yang perlu dibuat dahulu.

Tempah Semakan Rekod Percuma

15 minit, online. Kami cadangkan pakej yang sesuai — tiada paksaan.

Kami hubungi anda melalui WhatsApp dalam 1 hari bekerja. Maklumat anda sulit.